Saturday, September 26, 2009

Wish for my safety

Salam..sekarang nie aku di spore..dlm beberapa jam lagi aku akan ke Shenzhen China..for my first ever offshore job..nervous pun ada..excited pun ada..risau pun ada..gembira pun ada..pe pun it will be the most challenging job of my life..wish for my safety and great job..hope can see u guys back later..Tc everybody...


At Loyang Valley Condo in Singapore

PANTUN USIK-MENGUSIK


Merpati terbang pulang ke sarang,
Sarangnya jauh di pinggir benua,
Jangan kuatir abangku sayang,
Ada rezeki bertemu jua.

Merpati putih terbang sekawan,
Hinggap bersama di batang sawa,
Rindu di hati tidak keruan,
Sehari menunggu tersiksa di jiwa.

Mentari terbit di pagi indah,
Menyinar perada dari suasa,
Cantiknya bahasa manisnya madah,
Kasih dan rindu menggamit rasa.

Jika adik pulang ke kota,
Jangan lupa berjumpa nyonya,
Pandai sungguh dinda berkata-kata,
Suara merdu indah lagi paras rupa.

Indah sutera buatan China,
Hadiah dari panglima perkasa,
Kanda juga apa kurangnya,
Buat dinda terhibur sentiasa.

Baik budi indah berbahasa,
Sekali dipahat takkan ku lupa,
Senyum terlakar manis ku rasa,
Dinda gembira kanda bahagia.

Di dalam hati engkaulah raja,
Kanda bahagia dinda gembira,
Kasihku hanya padamu sahaja,
Pengubat duka penawar lara.

Berpantun kita tak sudah-sudah,
Takde siapa mahu menyerah,
Walau otak sangat dikerah,
Asyik sungguh kita bermadah.

Inilah padahnya jika bermadah,
Sampai ke petang tak sudah-sudah,
Abang sayang janganlah gundah,
Jika mau menyerah silakanlah.

Jika dinda mahu bermadah,
Tak sanggup abang mahu mengalah,
Dinda nak juga kanda tak kisah,
Walau sampai esok tak sudah-sudah.

Dua-dua nampaknya tak mahu menyerah,
Takkan selamanya kita bermadah,
Iyalah tu dinda mengalah,
Kasihankan kanda yang mungkin lelah.

Pergi mengail udang galah,
Mengail dengan jiran sebelah,
Dinda juga masih bermadah,
Bermadah pula dengan tipu helah.


 
tuansyed-Chibi
Finish wrote at 12.45 a.m 27/09/2009
Loyang,Singapore

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aildilfitri......Maaf Zahir Batin


Sempena raya nak tibe nie..aku nak ucapkan selamat hari raya to all my friends and anybody that know me....tahun nie aku tak pasti bape lama aku dpt beraya di kg coz tgh standby nak g belayar...huhu...pe pun..hope this hari raya will give us the greatest memories and selamat enjoy hari raya..Pada kawn2 yang drive tue..hati2 bawak kete/motor tue.. biar lambat asal selamat..nnti jemputla ke rumah aku di kulim..

Thursday, September 10, 2009

tHe Rainbow.



Awak adalah pelangi..
muncul di kala tangisan Air mata hujan..
Yang memantulkan cahaya sinaran..
Indah terpesona mewarnai Pandangan...

Awak adalah pelangi..
yang Cantik dan berseri-seri..
lebih anggun di waktu paGi..
Lantas menyejukkan rasa hati..
Ingin ku lihat setiap hari...

tapi sayang..Awak adalah pelangi..
Cantik di mata..
terpanah di jiwa..
walau aku terus mencuBa..
tidak dapat ku dkatimu jua..

tuansyed
3.00 am, 11/09/2009

Wednesday, September 9, 2009

Sunrise on The East..

Finally..dpt jugak aku wat blog nie pas lama duk tgk blog2 member2 aku yang terlebey dulu mendapat seru untuk membuatnya..Untuk awl2 nie maybe takde pe sgt aku nak buat disebabkan aku masih belajar menguruskan blog nie..pada kawn2  yang dah otai..sila beri tunjuk ajar dan sekian...terima kasih..

tuansyed 10/09/2009 4.05 a.m